Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dokumentari Prince Azim teroka kehidupan, legasi Al-Marhum

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Progresif Sdn Bhd mengumumkan bahawa dokumentari Prince Azim: Son of The Arts kini boleh disaksikan melalui Progresif Media, platform penstriman mengenai filem, siri dan tayangan pendek Brunei yang diterbitkan oleh pembuat filem tempatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Progresif, di sini, filem dokumentari istimewa itu telah diterbitkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.

    Dokumentari berkenaan meneroka kehidupan dan legasi Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim melalui temu bual eksklusif bersama rakan-rakan, keluarga dan rakan sejawat serta juga rakaman kerja-kerja artistik dan dermawan Al-Marhum.

    Filem itu juga mengetengahkan impak sumbangan Al-Marhum kepada industri kreatif dan seni di Brunei dan luar. Sebagai memperingati semangat Al-Marhum DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim bagi industri kreatif dan seni, Progresif akan terus menyokong industri kreatif melalui platformnya seperti Progresif Media serta juga projek-projek kolaborasi yang lain bertujuan untuk mempromosikan industri kreatif.

    Setiap langganan Progresif Media akan terus menyumbang kepada pertumbuhan lanjut industri kreatif dan memperkasakan pengkarya dan pembuat filem generasi akan datang. Sokongan itu akan disalurkan ke arah membiayai pelbagai inisiatif bertujuan bagi mengukuhkan dan mempromosikan budaya dan kesenian Brunei serta juga menyediakan sumber bagi inisiatif-inisiatif berkaitan belia dalam bidang-bidang berkenaan.

    Di samping itu, sebahagian daripada hasil daripada langganan Progresif Media akan didermakan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Persatuan Kanak-kanak Cacat Brunei (KACA), SMARTER Brunei dan Yayasan Kanser Kanak-Kanak Brunei (YASKA).

    Matlamat Progresif adalah untuk menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan bakat-bakat kreatif, menanai sebuah komuniti yang menyokong dan memupuk usaha-usaha kreatif mereka. Ia termasuk menawarkan latihan, bimbingan serta menerokai peluang-peluang bagi penghasil kandungan muda.

    Prince Azim: Son of the Arts boleh disaksikan secara eksklusif di Progresif Media bagi masa yang terhad sahaja. – Gambar serahan Progresif
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...