Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Lawatan tambah pengetahuan guru geografi SMB

    Oleh Nurdiyanah R.

    TEMBURONG, 15 OGOS – Dengan matlamat bagi menerokai keindahan yang diketengahkan oleh pelancongan domestik terutamanya menerusi keistimewaan projek inisiatif hijau, sembilan orang guru subjek geografi dan pegawai Sekolah Menengah Berakas (SMB) telah mengadakan lawatan ke The Abode Resort and Spa, Daerah Temburong, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan SMB, lawatan berkenaan merupakan sebahagian daripada aktiviti pembangunan profesional yang dianjurkan oleh Jabatan Geografi sekolah berkenaan.

    Rombongan telah dialu-alukan oleh penyelaras acara The Abode Resort and Spa, Awang Ajrul Mail yang menyampaikan taklimat ringkas sebelum membawa rombongan melawat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

    Melalui lawatan berkenaan, rombongan berpeluang mengetahui cara pengendalian The Abode Resort and Spa itu dalam memanfaatkan tenaga dari matahari dan mengubahnya menjadi elektrik, di samping memahami projek inisiatif hijau yang telah dilaksanakan selama ini serta pelbagai kemudahan, fasiliti dan aktiviti menarik yang disediakan.

    Dengan penambahan pengetahuan guru-guru, ia secara tidak langsung membolehkan mereka berkongsi maklumat berguna itu kepada anak-anak didik di sekolah termasuklah ilmu pengetahuan mengenai bagaimana strategi dan langkah untuk mempromosi resort kepada orang ramai bukan hanya kepada penduduk tempatan bahkan juga pelancong dari luar negara.

    Rombongan semasa mendengar taklimat alu-aluan di sekitar lobi The Abode Resort and Spa. – Gambar serahan SMB

    Kata Kunci

    Popular

    Borneo

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    Berita Berkaitan

    Inovasi EV masa depan

    Oleh James Kon -  Bukan setiap hari awda berpeluang memandu...

    Puteri Aiko berkenan adakan lawatan rasmi ke Laos

    VIENTIANE, 18 NOV – Puteri Aiko dari Jepun tiba...

    Pelajar teroka bidang veterinar, industri ternakan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV - Dalam usaha memperkukuh...

    Messi lawat Nou Camp secara mengejut

    LONDON, 11 NOV – Lionel Messi membuat lawatan mengejut...

    Terkini

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    Ribuan bantah keganasan terhadap wanita di Perancis

    PARIS, 23 NOV - Ribuan penunjuk perasaan di seluruh...