Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    LCB ceriakan warga emas

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 22 FEB – Ahli-ahli Kelab Lions Belait (LCB) meraikan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) bersama warga emas di Rumah Orang Tua di Seria, hari ini.

    Lawatan yang diketuai Naib Presiden Kedua, Johnny Cheong dan empat ahli kelab itu menikmati hidangan tengah hari bersama warga emas sambil meluangkan masa berbual dan beramah mesra dengan mereka di pusat berkenaan.

    Di samping itu, ahli-ahli juga menyerahkan sampul merah atau angpau kepada warga emas bagi memeriahkan lagi suasana sambutan tersebut.

    Lawatan itu merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh LCB untuk membantu menyokong dan memberikan kembali kepada masyarakat.

    Gambar ramai semasa lawatan ahli LCB ke Rumah Orang Tua di Seria kelmarin. – GAMBAR SERAHAN LCB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...