Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 20 atlet para dijangka layak ke Paris 2024

    KUALA LUMPUR, 8 FEB – Kira-kira 20 hingga 25 atlet daripada tujuh sukan dijangka membawa cabaran Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 berlangsung dari 28 Ogos hingga 8 September depan.

    Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk R Subramaniam berkata setakat ini tujuh atlet daripada sukan olahraga, memanah dan berbasikal telah mengesahkan slot ke Paris.

    Beliau berkata jumlah sebenar atlet yang layak akan diketahui dalam beberapa bulan akan datang susulan kejohanan kelayakan yang bakal disertai oleh atlet dari beberapa sukan seperti badminton, boccia, powerlifting dan renang.

    Subramaniam berkata selain slot secara merit, MPM juga menjangkakan menerima slot bipartite dan tiket wild card untuk temasya itu menjelang Mei ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...