Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 90,000 sertai larian ria terbesar Sydney

    SYDNEY, AUSTRALIA, 11 OGOS – Larian ria terbesar dunia, City2Surf2024, berlangsung di sini hari in melibatkan penyertaan lebih 90,000 orang dari seluruh dunia, dengan masing-
    masing memperagakan kostum berwarna-warni termasuk sebagai watak adiwira dalam komik seperti Spiderman, Wonder Woman dan Green Latern.

    Berlangsung di bawah sinaran mentari musim sejuk, larian amal yang mendapat sokongan AirAsia X selaku rakan kongsi penerbangan rasmi itu, meliputi jarak sejauh 14 kilometer dari Hyde Park ke Bondi Beach, dan merupakan acara kutipan dana yang penting untuk badan-badan amal di Australia.

    Acara itu yang bermula pada 7:40 pagi waktu tempatan (5:40 pagi waktu Malaysia) menjadi tumpuan atlet dan juga orang awam yang hadir dengan pakaian beragam, memeriahkan suasana, sementara di sepanjang laluan peserta orang ramai tampil memberi sokongan.

    Tidak ketinggalan, di sesetengah lokasi di laluan itu, kelihatan kelompok penonton yang menzahirkan semangat persaudaraan terhadap rakyat Palestin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda