Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 95% laporan penipuan dalam talian sasar sektor perbankan, kewangan

    HANOI, 19 OKT – Lebih 95 peratus daripada laporan penipuan dalam talian di Vietnam pada separuh pertama tahun ini menyasarkan sektor perbankan dan kewangan, lapor Vietnam News hari ini, memetik Kementerian Penerangan dan Komunikasi.

    Kementerian itu menerima lebih 4,000 laporan daripada pengguna internet mengenai aktiviti penipuan dalam tempoh tersebut.

    Menurut CDNetworks Vietnam, lebih 87 peratus serangan menggabungkan dua atau lebih kaedah serangan.

    Sistem perbankan juga berdepan risiko sambungan Internet yang perlahan dengan aplikasi global, yang sangat menjejaskan pengalaman pelanggan.

    Pihak Berkuasa Keselamatan Maklumat kementerian itu telah menasihati organisasi dan perniagaan dalam perbankan dan kewangan supaya sentiasa meningkatkan keupayaan keselamatan berbilang lapisan dan dilengkapi dengan teknologi moden.

    Bank-bank juga mesti kerap mengeluarkan amaran tentang teknik penipuan baharu untuk melindungi akaun pelanggan.

    Kementerian meramalkan bentuk penipuan dalam talian, serangan rangkaian dan ancaman berterusan yang disasarkan akan terus berlaku dalam beberapa bulan akan datang.

    Menurut Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan, Vietnam melaporkan 9,519 serangan siber dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, menyebabkan insiden kepada sistem maklumat. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...