Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pemeriksa PBB uji sampel pasaran ikan Fukushima

    IWAKI, 19 OKT – Pemeriksa PBB telah mengambil sampel dari pasaran ikan berhampiran loji tenaga nuklear Fukushima hari ini berikutan pelepasan air sisa dari loji yang rosak pada Ogos.

    China dan Rusia telah mengharamkan import makanan laut Jepun sejak pelepasan itu bermula tetapi Jepun berkata ia selamat, pandangan yang selama ini disokong oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

    Sejumlah 540 kolam renang Olimpik berisi air telah dikumpulkan sejak tsunami menyebabkan tiga reaktor di Fukushima-Daiichi mengalami keruntuhan pada 2011 dalam salah satu bencana nuklear terburuk di dunia.

    Jepun mengatakan bahawa air tersebut telah ditapis oleh teknologi khas ALPS bahan radioaktif kecuali tritium dan dicampurkan dengan air laut.

    Jepun berkata ujian telah menunjukkan bahawa tahap tritium berada dalam had selamat.

    Pasukan pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bersama saintis dari China, Korea Selatan dan Kanada memerhati bakul ikan yang akan diambil sebagai sampel di Pelabuhan Hisanohama di Iwaki, Prefektur Fukushima Jepun, pada 19 Oktober. – AFP

    Pasukan IAEA yang terdiri daripada saintis dari China, Korea Selatan dan Kanada sedang mengumpul sampel ikan, air dan sedimen minggu ini untuk mengesahkan dapatan Jepun.

    Paul McGinnity, ahli dalam misi itu, memberitahu wartawan bahawa matlamatnya adalah “untuk memastikan sama ada makmal Jepun mengukur dan menganalisis tahap tritium dengan betul.

    “Tritium menjadi perhatian kerana tahap tritium seperti yang awda ketahui adalah agak tinggi kerana ia tidak dikeluarkan oleh proses ALPS,” kata McGinnity.

    “Saya boleh katakan bahawa kami tidak menjangkakan untuk melihat sebarang perubahan dalam tahap tritium, sudah tentu pada ikan. Kami menjangkakan untuk melihat peningkatan kecil dalam paras tritium dalam sampel air laut yang sangat dekat dengan tempat pelepasan. Tetapi sebaliknya, tidak. Kami menjangkakan untuk mencari tahap yang hampir sama dengan apa yang kami ukur tahun lepas,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...