Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Lebuhraya Pan Borneo Sabah: RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah

    KOTA KINABALU, 23 APRIL – Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

    Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pembayaran pampasan hingga 2019 itu melibatkan 12 pakej di bawah seliaan Rakan Penyampai Projek (PDP).

    “Pakej-pakej itu termasuk menaik taraf jalan dari Sindumin ke Kampung Melalia, Kampung Melalia ke Beaufort, Beaufort ke Bongawan, Bongawan ke Papar, Papar ke Donggongon, Putatan ke Inanam, Inanam ke Sepanggar dan Sepanggar ke bulatan Berungis.

    “Ia turut merangkumi pembinaan jalan dari Pituru ke Rampayan Laut, menaik taraf jalan dari Tawau ke Semporna (Pakej Satu, Fasa Dua), membina jalan Lahad Datu Bypass dan menaik taraf jalan dari Kampung Lot M ke Sandakan Batu 32,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) berhubung jumlah keseluruhan pampasan dan pemilik tanah yang telah dibayar bagi setiap pakej di bawah PDP projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

    Shahelmey berkata setakat 1 April lepas, sebanyak RM1.147 bilion pampasan telah dibayar kepada mereka yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah. – Bernama

    Datuk Ir Shahelmey Yahya ketika mengadakan sidang media selepas program ramah mesra bersama media oleh Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah pada 16 Mei 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...