Wednesday, April 23, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Dong Wook tegur peminat biadap

    TIDAK tahan dengan sikap biadap ditunjukkan, pelakon terkenal Lee Dong Wook menegur seorang peminatnya di hadapan orang ramai.

    Kejadian itu berlaku ketika Dong Wook menghadiri sebuah acara bertemu peminatnya yang diadakan di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

    Dipetik dari Allkpop melaporkan peminat wanita itu yang dapat bertemu dengan Dong Wook di pentas tiba-tiba bertanya kepada pelakon drama Goblin itu sama ada dia mengingatinya.

    Bagaimanapun wanita itu mula bertukar marah apabila Dong Wook memberitahu tidak mengingatinya sehingga membuatkan orang sekeliling terkejut dengan perilaku peminat itu.

    “Adakah anda masih ingat saya? Anda kata kita akan bertemu lagi,” tanya wanita itu.

    Lee Dong Wook menegur seorang peminatnya di hadapan orang ramai.
    Lee Dong Wook menegur seorang peminatnya di hadapan orang ramai.

    Tidak mahu memanjangkan perkara itu, Dong Wook meminta maaf kepada wanita dan meminta agar dia

    menjaga perilaku memandangkan ramai sedang memerhatikan mereka.

    “Anda sudah berada di atas pentas dan sentiasa bertemu dengan saya, jadi apa kata anda turun?

    “Saya minta maaf tidak mengingati anda dan saya minta maaf kerana itu dan adalah lebih baik anda jangan tunjukkan kemarahan, orang sedang memerhati,” kata Dong Wook.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda