Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lelaki bakar dua warga emas di luar masjid diberi arahan hospital

    LONDON, 18 APRIL – Seorang lelaki yang disabitkan dengan percubaan membunuh selepas sengaja membakar dua lelaki warga emas sejurus selepas mereka meninggalkan masjid di United Kingdom kelmarin telah menerima arahan hospital yang belum ditetapkan.

    Mohammed Abbkr, dari Edgbaston di Birmingham, tengah England, sengaja membakar Hashi Odowa, 82, dan Mohammed Rayaz, 70, pada Februari dan Mac tahun lalu.

    Abbkr, berasal dari Sudan, disabitkan dengan dua pertuduhan cubaan membunuh tahun lalu di Mahkamah Mahkota Birmingham di tengah England.

    Hakim, Melbourne Inman memberitahu Abbkr, yang menghidap skizofrenia paranoid dan percaya dia dikawal oleh orang dirasuk.

    “Kedua-dua mangsa dalam kes ini, berdasarkan mana-mana pandangan rasional, dipilih secara rawak,” kata hakim kepada Abbkr, yang menonton prosiding melalui pautan video dari hospital keselamatan tinggi Ashworth di barat laut England.

    Abbkr menyembur petrol pada dua orang lelaki itu di luar atau berhampiran masjid yang dihadiri mereka dan kemudian membakar mereka. Serangan berlaku di barat London pada 27 Februari dan Birmingham pada 20 Mac.

    Odowa, yang diserang di London, dirawat kerana luka bakar teruk di muka dan lengannya. Serangan Birmingham itu turut menyebabkan Rayaz terlantar di hospital dengan kecederaan yang serius. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...