Friday, May 3, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sixers bangkit atasi Heat

    LOS ANGELES, 18 APRIL – Philadelphia 76ers, dipimpin oleh Pemain Paling Berharga NBA, Joel Embiid selepas pemain itu menjaringkan 23 mata, dan bangkit untuk menewaskan Miami Heat 105-104 kelmarin dan menempah pertembungan playoff pusingan pertama dengan New York Knicks.

    Embiid, yang masih berjuang untuk mencapai prestasi terbaik selepas terlepas dua bulan susulan pembedahan lutut, meningkatkan prestasinya pada separuh masa kedua untuk Sixers yang ketinggalan 13 mata pada suku ketiga dalam pertembungan kejohanan NBA Play-in.

    Miami, yang muncul daripada play-in untuk mara ke Pusingan Akhir NBA tahun lepas, masih boleh mara ke playoff.

    Pada Jumaat mereka akan bermain perlawanan yang mesti dimenangi menentang Chicago Bulls, yang menewaskan Atlanta Hawks 131-116 untuk kekal bersaing.

    Di Philadelphia, Embiid menjaringkan 13 mata pada separuh masa kedua, menjaringan tiga mata dengan baki 2:33 untuk bermain.

    Pendahuluan akan bertukar tangan dua kali sebelum Embiid menemui Kelly Oubre Jr di lorong untuk mencetak jaringan dan lontaran bebas yang meletakkan Philadelphia di depan untuk kekal dengan baki 36 saat.

    Pemain simpanan Sixers, Nicolas Batum menjaringkan 17 daripada 20 matanya pada separuh masa kedua dan melakukan blok penting ke atas Tyler Herro ketika berbaki 26.2 saat, 76ers menghabiskan beberapa siri lontaran bebas untuk memastikan kemenangan.

    Batum berjaya menjaringkan enam daripada 12 jaringan tiga mata 76ers, dan jurulatih 76ers, Nick Nurse memuji rembatan jarak jauhnya dengan membantu Philadelphia menembusi pertahanan zon Miami pada separuh masa pertama.

    “Dia tahu kami memerlukan beberapa serangan, perlu menembusi zon itu dengan tembakan dari luar,” kata Nurse. – AFP

    Aksi Joel Embiid (kiri) semasa separuh masa kedua permainan bola keranjang NBA di Philadelphia pada 12 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...