MADRID, 7 OGOS – Polis Sepanyol berkata hari ini mereka telah menangkap seorang lelaki Algeria yang dikatakan menculik anak perempuannya berusia dua tahun di Britain dan membawanya lari meninggalkan negara itu.
Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan dalam pesawat di lapangan terbang Madrid semasa perjalanan henti berjadual ke Oran, bandar kedua Algeria, pada 1 Ogos, pada hari yang sama dia menculik anak perempuannya itu di Nottingham, kata jurucakap polis. – AFP