Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki didakwa cabul anak saudara dibicara jan 2023

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Mahkamah Perantaraan, hari ini, menetapkan tarikh 16 hingga 21 Januari 2023 bagi perbicaraan kes melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun yang menafikan dakwaan mencabul kehormatan anak saudara perempuannya berusia 12 tahun.

    Defendan didakwa memeluk anak saudaranya di pinggang ketika dia berbaring mengiring di atas katil dalam bilik di sebuah rumah pada pukul 3 pagi, 16 September lalu.

    Hakim Hajah Hazarena binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah mengendalikan kes berkenan dengan pendakwaan dijalankan oleh Pendakwa Raya Atiyyah Abas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...