Tuesday, May 28, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lelaki parah dipijak gajah

    IPOH, 12 APRIL – Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi.

    Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata mangsa berusia 55 tahun dari Bersia, di sini mengalami patah kaki dan tulang rusuk dalam kejadian kira-kira 7 malam itu.

    Beliau berkata mangsa diserang gajah ketika berhenti di lokasi berkenaan untuk membuang air.

    “Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Yusoff berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak berhenti di tepi laluan JRTB kerana kawasan sekitar yang berhutan dan gelap pada waktu malam.

    “Orang ramai perlu mengambil perhatian papan tanda yang telah diletakkan memaklumkan kawasan di sekitar berkenaan merupakan tempat berkeliaran dan lintasan gajah,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Burung tropika dikesan di tasik tanah lembap utara China

    HOHOT, 27 MEI – Flamingo besar, yang biasanya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, baru-baru ini dikesan buat pertama kali di Tasik Ulan Suhai...