Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Polis buru dua suspek cuba rompak kedai emas

    MACHANG, 12 APRIL – Polis sedang memburu dua lelaki disyaki terbabit dalam cubaan rompakan menggunakan senjata api di sebuah kedai emas di sini semalam.

    Ketua Polis Daerah Machang, Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai mengenai kejadian itu kira-kira 2:20 petang selepas kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan sebuah motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15 berwarna biru dan tiada nombor pendaftaran.

    “Cubaan rompak bersenjata api itu melibatkan dua lelaki yang berpakaian serba hitam, berseluar jean, memakai topi dan pelitup muka serta bersarung tangan. Semasa kejadian terdapat saksi yang cuba menangkap kedua-dua suspek tetapi gagal apabila mereka melarikan diri menggunakan sebuah motosikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata ketika kejadian terdapat empat orang berada dalam premis tersebut iaitu pemilik kedai dan dua ahli keluarganya serta dua pekerja, dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan selain tiada kerugian dialami.

    “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat ke balai polis berdekatan,” katanya. – Bernama

    Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik kedai mengenai kejadian itu kira-kira 2:20 petang. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...