Monday, January 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Letupan besar di kilang mercun, 11 terkorban

    PATNA, INDIA, 4 MAC – Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban di timur India selepas letupan besar berlaku di sebuah rumah yang menghasilkan mercun secara haram, kata pegawai hari ini.

    Impak letupan, pada kejadian yang berlaku malam kelmarin, turut memusnahkan empat buah rumah berhampiran, dan bunyi letupan oleh didengar sejauh 15 kilometer, kata majistret daerah Bhagalpur, daerah di wilayah timur Bihar.

    “Sekurang-kurangnya 11 terkorban dan lima lagi mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan,” kata Subrat Kumar Sen kepada AFP.

    Jentolak dan mesin pengorek membersihkan timbunan serpihan yang besar, dan mempunyai peluang tipis untuk menemui mangsa yang tertimbus, tambahnya.

    Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah atas pemergian mangsa korban dan berkata kerajaannya akan memberikan semua bantuan yang mungkin dalam operasi bantuan dan menyelamat. Kejadian letupan sering berlaku di kilang penghasilan mercun haram di seluruh India, kebanyakannya tidak mempunyai tahap keselamatan asas dan beroperasi tanpa permit.

    Pada 2019, seramai 18 orang terkorban dalam letupan di kilang mercun pada kejadian yang berlaku di wilayah utara Punjab. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda