SAO PAULO, 16 JAN – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan seorang cedera parah dalam satu letupan di sebuah kelab menembak di bandar Manaus, ibu negeri Amazonas, Brazil, kata jabatan bomba tempatan kelmarin.
Letupan berlaku pada sebelah pagi di kelab itu yang terletak di barat Manaus, lapor Xinhua.
Menurut bomba punca letupan tidak diketahui setakat ini namun semasa anggota perkhidmatan kecemasan tiba, terdapat bau gas yang kuat. – Bernama