Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Letupan di kilang logam, 13 dikejarkan ke hospital

    NEW YORK, 21 FEB – Seramai 13 mangsa dikejarkan ke hospital selepas berlaku letupan di sebuah kilang di Ohio kelmarin, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

    Jabatan Bomba Oakwood Village berkata mangsa dikejarkan ke hospital Pusat Perubatan MetroHealth, dua daripadanya dilaporkan kritikal.

    Letupan berlaku di sebuah kilang aloi tembaga, I. Schumann & Co.

    “Letupan kuat…dan seluruh bangunan bergegar seperti gempa bumi,” tulis saksi Stephenie Davis di Facebook.

    Wanita itu turut menyiarkan beberapa gambar dan video yang menunjukkan kepulan asap besar berkepul-kepul dari kilang serta kerosakan pada kereta di tempat letak kereta berhampiran.

    “Letupan yang belum diketahui puncanya mencederakan pekerja dan merosakan kilang itu,” menurut kenyataan I. Schumann and Co. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...