Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Liberty Media beli MotoGP

    PARIS, 2 APRIL – Pemilik Formula Satu (F1), Liberty Media kelmarin telah bersetuju untuk membeli MotoGP dalam perjanjian bernilai sekitar AS$4.5 bilion, kata syarikat Amerika itu.

    MotoGP berkata dalam satu kenyataan bahawa Liberty Media akan memperoleh kira-kira 86 peratus pegangan daripada pemilik yang berpangkalan di Sepanyol, Dorna dalam perjanjian bernilai 4.2 bilion euro (AS$4.5 bilion).

    Pengambilalihan itu dijangka selesai pada penghujung 2024 tertakluk kepada kelulusan dan persetujuan oleh pihak berkuasa undang-undang persaingan dan pelaburan asing dalam pelbagai bidang kuasa.

    Liberty bukanlah syarikat pertama yang memiliki kedua-dua Formula Satu dan MotoGP.

    Firma ekuiti persendirian CVC Capital Partners telah memiliki kedua-dua F1 dan MotoGP tetapi terpaksa menjual siri motosikal itu untuk membeli F1 selepas pengawal selia persaingan EU mengemukakan bantahan.

    “Liberty Media Corporation telah mengumumkan perjanjian untuk memperoleh MotoGP. MotoGP merupakan kemuncak dua roda,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh MotoGP.

    “Liberty Media akan memperoleh kira-kira 86 peratus daripada Dorna, dengan pengurusan Dorna mengekalkan kira-kira 14 peratus daripada ekuiti mereka dalam perniagaan.

    “Urus niaga itu mencerminkan nilai perusahaan untuk Dorna/MotoGP sebanyak EUR4.2 bilion dan nilai ekuiti EUR3.5 bilion, dengan baki hutang sedia ada MotoGP dijangka kekal selepas ditutup.” – AFP

    Aksi Enea Bastianini (kiri) diikuti Francesco Bagnaia dan Marc Marquez semasa Grand Prix Motosikal Portugis di litar Antarabangsa Algarve dekat Portimao, Portugal pada 24 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...