Saturday, July 13, 2024
25.7 C
Brunei

    -

    Liga Futsal Brunei 2024-2025 lebih mencabar

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Liga Futsal Brunei 2024-2025 yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Brunei Darussalam (FABD) akan lebih mencabar bagi pasukan-pasukan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kejohanan berkenaan.

    Kejohanan yang dijangka diadakan pada Ogos nanti, akan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan 10 pasukan mewakili setiap kumpulan.

    Kumpulan 1 akan dibarisi oleh 10 pasukan terbaik pada kejohanan Liga Futsal Brunei 2023. Pasukan-pasukan berkenaan akan beraksi dalam 18 perlawanan secara liga dua pusingan.

    Sementara itu, kumpulan 2 akan menyaksikan penampilan oleh pasukan-pasukan baharu dengan format perlawanan secara liga.

    Juara kumpulan itu akan berpeluang beraksi dalam kumpulan 1 pada musim hadapan.

    Haji Feisal serta ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD bergambar ramai dengan mereka yang menghadiri Sesi Dialog FABD dengan Kelab-kelab Futsal di Rumah FABD. – GAMBAR SERAHAN FABD

    Perkara itu telah dijelaskan oleh ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD, Pengiran Haji Kamarunsalehin bin Pengiran Haji Kamis yang juga Pengerusi Komiti Kejohanan Futsal pada Sesi Dialog FABD dengan Kelab-kelab Futsal di Rumah FABD, hari ini.

    Sementara itu, pada ucapan pembukaan, Presiden FABD, Haji Feisal Eusoff menyatakan perasaan yakin bahawa kejohanan kali ini akan lebih kompetitif dan bakal menampilkan perlawanan yang berkualiti dan meningkat dari tahun ke tahun.

    “Walaupun pada setiap kejohanan, kita sering menumpukan kepada aspek persaingan, pihak pengurusan pasukan juga harus bekerjasama dengan semangat kesukanan, mengeratkan jurang serta berusaha untuk mengembangkan bakat dan potensi pemain-pemain,” jelasnya.

    Haji Feisal melahirkan harapan bagi kerjasama dan komitmen serta sokongan daripada kelab-kelab untuk menjadikan kejohanan tahun ini mencipta satu kejayaan yang besar.

    Turut hadir pada sesi berkenaan ialah Timbalan Presiden FABD, Haji Mahrub bin Haji Murni serta ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FABD.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pasangan suami isteri ditahan, didakwa mengintip untuk Rusia

    SYDNEY, 12 JULAI - Polis Australia telah mendakwa pasangan suami isteri kelahiran Rusia dengan tuduhan mengintip untuk Moscow, menurut pegawai tertinggi polis hari ini....