Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lima diundi menjadi pemenang bertuah $50,000

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini telah melaksanakan cabutan suku tahunan yang pertama bagi Kempen Ganjaran BIBD Aspirasi 4 yang berjumlah $50,000 bagi lima pemenang bertuah.

    Dalam kenyataan yang dijelaskan oleh BIBD, bahawa sebanyak 40 nombor yang terdiri daripada bakal pemenang suku tahunan dan bulanan telah diundi pada majlis yang berlangsung secara maya melalui laman Instagram, akaun rasmi BIBD bagi mengumumkan nombor undian dan para pemenang yang terpilih.

    Sementara itu, setiap pemenang suku tahunan akan membawa pulang $10,000 dan sebanyak 35 pemenang pula akan membawa pulang $1,000 setiap seorang sebagai sebahagian daripada kempen cabutan bulanan ketiga. Dalam pada itu, para pemenang yang dipilih adalah pelanggan yang melanggan BIBD Aspirasi dengan tempoh minimum 90 hari.

    Manakala, hadiah kemenangan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun simpanan pemenang masing-masing bagi mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan dalam situasi penularan jangkitan COVID pada masa kini.

    Kenyataan turut menjelaskan bahawa program BIBD Aspirasi yang kini dalam kitaran keempat diperkenalkan untuk membuat segala disiplin penjimatan, akses dan juga sebagai langganan dan penebusan yang mampu dilakukan dengan lebih mudah serta boleh dibuat terus melalui aplikasi mudah alih BIBD NEXGEN Wallet.

    Oleh itu, bagi menggalakkan simpanan jangka panjang dan pengurusan kewangan, objektif jangka panjang BIBD adalah untuk memastikan pelanggan terus menabung dan menyasarkan kebebasan kewangan. Dengan Aspirasi, pelanggan bukan sahaja mengekalkan simpanan mereka, tetapi juga diberi ganjaran dengan hadiah wang tunai bulanan, hadiah suku tahunan dan hadiah utama.

    Untuk melayakkan diri untuk cabutan ganjaran, pelanggan dikehendaki mengekalkan tempoh pemegang akaun sekurang-kurangnya 90 hari, dengan adanya deposit minimum $50 untuk sepanjang tempoh program berkenaan.

    Sehubungan itu, dalam semangat menggalakkan pelanggan untuk kekal melabur dan menyimpan lebih lama, Aspirasi 4 terus memberikan kesan berganda yang mampu memberi ganjaran kepada pelanggan untuk mengekalkan simpanan mereka untuk tempoh yang lebih lama. Deposit yang dipegang antara 181 hingga 270 hari akan layak menggandakan bilangan penyertaan, manakala deposit yang dipegang selama 271 hari dan lebih akan layak mengikuti tiga kali ganda bilangan penyertaan.

    BIBD Aspirasi 4 sekali lagi akan memberi ganjaran kepada lebih 400 pemenang dengan hadiah wang tunai berjumlah $870,000 sepanjang tahun.

    Sebagai tindak balas kepada kejayaan Aspirasi 3, BIBD kini telah meningkatkan deposit maksimum berjumlah $350,000 di samping mengekalkan deposit minimum yang rendah iaitu hanya dengan $50; membolehkan semua orang untuk menabung dan menjadi sebahagian daripada program ganjaran Aspirasi 4.

    Pastinya, BIBD Aspirasi 4 telah menggambarkan kisah kejayaan Kabunku, sebuah usahawan mikro tempatan yang pada mulanya hanya memulakan pertanian sayuran sebagai hobi semasa awal pandemik tetapi akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya kerana dia tetap komited dengan minatnya menerusi Kabunku Aquaponics.

    Kejayaan tersebut merangkumi intipati BIBD Aspirasi dan sekali gus sebagai pendorong kepada orang ramai.

    BIBD Aspirasi adalah sebahagian daripada aspirasi bank sebagai rakan kongsi dalam kemajuan ke arah pembinaan asas kewangan yang kukuh dan lebih celik kewangan dalam kalangan masyarakat di negara ini melalui menggalakkan dan memberi insentif kepada amalan menabung. Ini selaras dengan komitmen BIBD terhadap kemampanan dan penjajaran dengan Maqasid Syariah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...