Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lima negara Pasifik rancang dakwa negara pencemar iklim

    SYDNEY, 17 OKT – Lima buah negara Pasifik hari ini merancang langkah untuk mendakwa kes penting ke mahkamah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk mempertanggungjawabkan negara-negara pencemar iklim dan melindungi kelangsungan hidup pulau-pulau mereka.

    Mahkamah Keadilan Antarabangsa akan memulakan perbicaraan pada 2 Disember dalam kes yang akan menguji kewajipan negara-negara berkenaan terhadap iklim sama ada ia boleh disaman kerana gagal bertindak.

    Peguam Negara Vanuatu, Arnold Kiel Loughman memberitahu AFP hari ini, kes itu adalah penting dan boleh memberikan lebih banyak pengaruh kepada negara pulau kecil yang dilanda iklim untuk melakukan perubahan.

    Dia bertemu minggu ini dengan rakan sejawatannya dari Fiji, Kiribati, Papua New Guinea dan Tuvalu untuk membincangkan kes itu, di samping menyediakan hujah undang-undang dan bertemu pakar.

    “Ia melibatkan mata pencarian kami kerana perubahan iklim menjejaskan corak cuaca, menjejaskan daratan dan laut dan pada asasnya persekitaran tempat kami tinggal,” kata Loughman.

    Walaupun terdapat banyak forum antarabangsa yang bercakap tentang perubahan iklim, akan tetapi hanya terdapat sedikit sahaja tindakan yang dilakukan.

    Negara-negara Pasifik lebih terdedah kepada kesan perubahan iklim seperti peningkatan paras laut walaupun mengeluarkan kurang daripada 0.02 peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau.

    Pada 2020, Vanuatu mengeluarkan 121,000 tan karbon dioksida, berbanding Australia 379 juta tan metrik, menurut data dari Bank Dunia. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda