Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Longgokan sampah, Premis perniagaan dikompaun

    TEMBURONG, 10 NOV – Sebuah syarikat di Daerah Temburong telah dikenakan kompaun $500 kerana didapati membuang dan melonggok sampah sarap dengan tidak teratur dan bukan di tempat yang dikhaskan, baru-baru ini.

    Denda berkenaan dikeluarkan oleh Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil semasa pemeriksaan di beberapa kawasan di daerah berkenaan, 8 November lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong, syarikat tersebut telah diberikan tempoh satu minggu untuk menjelaskan kompaun tersebut dan diarahkan untuk membersihkan kawasan berkenaan.

    Jika gagal melaksanakan arahan, kesalahan sedemikian boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Kecil, Bab 12(1) iaitu jika sabit kesalahan denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan seterusnya dan penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Sehubungan itu, Jabatan Daerah Temburong mengingatkan orang ramai dan pemilik-pemilik syarikat perniagaan agar tidak mengambil ringan isu kebersihan. 

    Tindakan ini adalah langkah berterusan jabatan agar semua pihak sama-sama mengambil perhatian dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar negara.

    Sampah sarap yang dilonggokkan di tempat yang bukan dikhaskan. – Gambar serahan Unit Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Temburong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...