Wednesday, April 30, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah EU haramkan ‘pasport emas’ Malta

    BRUSSELS, 29 APRIL – Mahkamah Keadilan Eropah hari ini telah mengarahkan Malta untuk menamatkan program ‘pasport emas’ kerana melanggar undang-undang Kesatuan Eropah (EU), meskipun negara pulau Mediterranean itu telah menggantung program tersebut bagi warga Rusia dan Belarus.

    Program itu ‘bersamaan dengan pengkomersialan dalam pemberian kerakyatan oleh sebuah negara anggota dan lanjutan kepada kerakyatan EU,” kata seorang hakim di mahkamah tersebut yang berpangkalan di Luxembourg.

    Di bawah program itu salah satu yang terakhir seumpamanya di Eropah yang membolehkan individu kaya membeli kewarganegaraan EU, Malta telah ‘gagal melaksanakan tanggungjawabnya’ terhadap EU, menurut hakim tersebut.

    Suruhanjaya Eropah telah melancarkan prosiding pencabulan terhadap Malta dan Cyprus pada tahun 2020 berhubung program pasport emas mereka.

    Selepas Cyprus menamatkan program itu pada 2021 dan Bulgaria pada 2022, Malta menjadi antara negara terakhir yang mempertahankan skim yang dahulunya popular di seluruh Eropah dan United Kingdom, terutamanya bagi menjana pendapatan dalam kalangan negara yang terjejas teruk akibat krisis kewangan 2009.

    Keputusan mahkamah itu juga dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan rancangan untuk melancarkan visa ‘kad emas’ yang berpotensi menjadi laluan kepada kerakyatan AS dengan bayaran sebanyak AS$5 juta. – AP

    Gambar fail Mahkamah Keadilan Eropah di Luxembourg, pada 5 Okt 2015. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda