Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Singapura bakal lancar RFP untuk projek penyelesaian ammonia

    SINGAPURA, 23 OKT – Singapura menyenarai pendek enam konsortium yang cadangan mereka akan diteruskan menerusi Permintaan Cadangan (RFP) untuk menyediakan penyelesaian ammonia rendah atau sifar karbon dalam penjanaan kuasa dan ‘bunkering’ di Pulau Jurong.

    Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA) dan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan bersama pada hari ini, memaklumkan RFP akan dilancarkan sebelum penghujung 2023.

    RFP merupakan peringkat seterusnya dalam pemilihan pemaju, berikutan Expression of Interest (EOI) yang dilancarkan pada Disember 2022 dan ditutup pada akhir April 2023.

    Di bawah EOI, EMA dan MPA menerima sejumlah 26 cadangan daripada syarikat tempatan dan antarabangsa.

    Sebanyak enam cadangan disenarai pendek bagi RFP tertutup selepas menjalani proses penilaian ketat membabitkan aspek teknikal, pengoptimum tanah, keselamatan dan komersial.

    Projek itu antara lain merangkumi ‘ammonia bunkering’ pada kapasiti sekurang-kurangnya 0.1 juta tan setahun (MTPA), ‘shore-to-ship bunkering’ diikuti ‘ship-to-ship bunkering’.

    Projek itu meletakkan Singapura sebagai antara negara terawal di dunia yang menguji dan menggunakan loji janakuasa pembakaran ammonia secara langsung serta menyokong penilaian holistik ‘bunkering ammonia’ untuk penghantaran antarabangsa dan pelabuhan domestik. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...