Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nahas traktor ragut 23 nyawa

    INDIA, 25 FEB – Traktor ladang yang menarik gerabak yang sarat dengan penganut Hindu terbalik dan jatuh ke dalam kolam di utara India kelmarin, membunuh sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk lapan kanak-kanak, kata pegawai.

    Gerabak itu membawa kira-kira 40 orang penganut dalam perjalanan mereka untuk mandi ritual di Sungai Ganges apabila ia terbabas dari jalan di daerah Kasganj di negeri Uttar Pradesh, kata polis.

    Pegawai berkata sembilan yang cedera sedang dirawat di hospital, ada di antara mereka dalam keadaan kritikal.

    Pihak berkuasa telah melarang gerabak yang ditarik traktor untuk membawa penumpang, tetapi perintah itu secara amnya tidak dipatuhi di kawasan pedalaman India.

    Pada 2022, 26 orang terbunuh dalam kemalangan serupa, juga di Uttar Pradesh.

    Pegawai polis, Aparna Kaushik berkata siasatan awal menunjukkan traktor itu bergerak dengan laju sebelum pemandu hilang kawalan. Tidak jelas sama ada pemandu itu selamat.

    India mempunyai beberapa kadar kematian jalan raya tertinggi di dunia, dengan ratusan ribu orang terbunuh dan cedera setiap tahun.

    Kebanyakan kemalangan berpunca daripada masalah memandu secara melulu, jalan yang tidak diselenggara dengan baik dan kenderaan yang semakin usang. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...