ISTANBUL, 28 Jun – Wartawan Turki, Mehmet Altan kelmarin telah dibebaskan selepas dipenjara hampir dua tahun dalam kes yang menjejaskan kebebasan bersuara di bawah pentadbiran Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Atlan, yang pertama ditahan pada September 2016 kerana dituduh terkait dengan kumpulan cuba melakukan rampasan kuasa pada 2016 yang berakhir dengan kegagalan dan dihukum penjara seumur hidup, telah dibebaskan dari penjara Silivri luar Istanbul susulan keputusan awal mahkamah,menurut kenyataan kumpulan kebebasan media P24.
Pendakwaan dan hukuman penjara seumur hidup belum dibatalkan dan kekal dilarang untuk ke luar negara dan diarahkan untuk melapor ke pihak berkuasa setiap masa.
Mahkamah perlembagaan pada Januari lalu mengarahkan Altan untuk dibebaskan tetapi disebabkan kemarahan penyokongnya, mahkamah jenayah rendah tidak menghiraukannya dan dia kekal di dalam penjara.
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada Mac juga menyatakan bahawa hak asasi manusia Altan telah dicabul disebabkan penahanannya.
“Saya telah dibebaskan selepas 21 bulan, apabila saya sepatutnya tidak ditahan,” P24 memetik kenyataannya semasa di luar penjara di mana dia disambut oleh rakan seperjuangan.
“Dengan kebebasan saya ini akan menjadi harapan untuk perundangan dan demokrasi,” tambahnya. “Dengan izin tuhan, ini akan menandakan berakhirnya pendakwaan.”
Keputusan yang dibuat oleh mahkamah wilayah Istanbul yang mendengar rayuannya dan berdasarkan keputusan bersama mahkamah perlembagaan sebelum ini.
“Kebebasan Mehmet Altan sudah lama dinanti-nantikan,” menurut kenyataan pengarah Pengampunan Antarabangsa di Eropah, Gauri van Gulik.
“Pemenjaraannya itu telah menjejaskan keadilan yang berlaku di dalam sistem keadilan Turki.” – AFP