Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majikan gagal bayar kerja lebih masa

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Lima kesalahan Akta Pekerjaan, Penggal 278 dicatat semasa Operasi Waspada 78/2025 Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh yang bertumpu di Kampung Kilanas baru-baru ini.

    Menurut kenyataan daripada Jabatan Buruh, pemeriksaan ke atas kegiatan menjual aiskrim mendapati beberapa kesalahan yang dilakukan oleh majikan iaitu Bab 39 gagal membayar bayaran kerja lebih masa, Bab 63 tidak memberikan cuti rehat, Bab 64 bekerja pada hari rehat, Bab 70 gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan dan 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pekerja asing, pekerja asing didapati melakukan pekerjaan menjual aiskrim rumah ke rumah dengan menggunakan motosikal.

    Siasatan lanjut akan dijalankan bagi kesalahan melanggar Akta Pekerjaan, Penggal 278, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan dan jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Akta Pekerjaan, Penggal 278 seperti memberikan kontrak perkhidmatan secara bertulis kepada pekerja-pekerja, membayar bayaran kerja lebih masa, memberikan cuti rehat sehari dalam seminggu, memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan dan tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing.

    Untuk makluman lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai penguat kuasa undang-undang semasa menjalankan pemeriksaan di Kampung Kilanas baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda