Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Peranan kepimpinan diserap menerusi Program IIm

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Seramai 65 orang terdiri daripada kalangan para asatizah, pegawai-pegawai kerajaan, golongan pesara, para belia termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar, mahasiswa dan mahasiswi universiti, alumni-alumni Akademi Dakwah dan orang persendirian telah menghadiri Program Ilm Siri ke-19 di Dewan Mau’izhah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), kelmarin.

    Program anjuran Badan Sukarelawan Belia Daie dengan sokongan Urus Setia Program Keagamaan Belia, PDI itu terbahagi kepada dua sesi dengan sesi pertama merupakan ceramah yang dibukakan kepada ahli jawatankuasa (AJK) Belia Daie dan orang awam, manakala sesi kedua pula ialah Bengkel Pengendalian Program khusus bagi AJK Belia Daie.

    Bagi sesi pertama, ceramah bertajuk Kriteria Pemimpin Muda Dalam Islam telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perkembangan Ugama PDI, Awang Ahmad Muzhafar bin Haji Marsidi.

    Beberapa perkara penting yang boleh diambil daripada ceramah tersebut antaranya mengenai tiga jenis kepimpinan iaitu motivasi, tidak putus asa dan mengambil bahagian dalam gerak kerja bersama pekerja.

    Ceramah berkenaan juga menyentuh tentang peranan seorang pemimpin dalam menjaga dan mengawasi orang-orang bawahannya.

    Dari perspektif Islam pula, pemimpin itu ialah seorang imam, mempunyai kualiti rohani yang dijalin dengan pengikutnya, analogi solat berjemaah, dan bersama dalam mencapai lima Maqasid Syariah.

    Rasulullah SAW juga menerapkan ciri-ciri yang perlu dijaga bagi seorang pemimpin itu seperti kredibiliti, berwawasan, qudwah hasanah, syura dan tidak berkompromi dalam soal prinsip.

    Antara peserta program semasa mendengarkan ceramah yang disampaikan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...