Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis iftar perkukuh ukhuwah warga OKP

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Bersempena bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) mengambil kesempatan untuk memperkukuhkan ukhuwah harmoni yang sedia terjalin bersama warga OKP dengan mengadakan majlis iftar baru-baru ini di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
     
    Hampir 200 warga OKP telah hadir bersungkai bersama-sama pada majlis tersebut.
     
    Turut hadir, Yang Di-Pertua Persatuan OKP, Pengiran Haji Norahalim BPHA Rahman;  Penyelia Pusat Belia, Haji Mohd Sofian bin Haji Amit; ahli jawatankuasa, biro-biro dan ahli-ahli OKP bersama keluarga.
     
    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat, bacaan Surah Yasin dan tahlil diketuai oleh mantan peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun tahun 1989, Haji Mahali bin Haji Hassan.
    Gambar beramai ahli OKP bersama YDP serta tetamu khas yang lain dan keluarga masing-masing. – GAMBAR SERAHAN OKP
    Antara yang hadir pada Majlis Iftar OKP di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN OKP
    GAMBAR SERAHAN OKP
    GAMBAR SERAHAN OKP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda