Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan bagi menghayati Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BELAIT, 23 APRIL – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh mulia ini, rombongan pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dari Bahagian Penyebaran Dakwah dan Bahagian Media telah mengadakan aktiviti keagamaan berbuka puasa, sembahyang fardu Maghrib dan Isyak berjemaah seterusnya sembahyang sunat Tarawih dan Witir dan bertadarus bersama mualaf di Day Care Persatuan Sinar Islam, Kuala Belait, hari ini.

    Pada majlis itu, rombongan berkenaan telah diketuai oleh Pegawai Kanan PDI, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman turut menyerahkan wakaf Buku lqra untuk kegunaan persatuan berkenaan.

    Majlis antara lain bertujuan sebagai salah satu sarana dakwah kepada mualaf di negara ini dalam memberikan pendekatan kepada mualaf setempat, bagi sama-sama menghayati bulan Ramadan dan apa jua yang berhubung kait dengan keistimewaan (fadilat) yang terdapat dalam bulan ini.

    Sepanjang bulan Ramadan ini, rombongan PDI mengadakan aktiviti bertadarus bersama mualaf di lapan kawasan pedalaman yang terpilih.

    Aktiviti bertadarus bersama mualaf di kawasan pedalaman itu dikendalikan bersama oleh Unit Kebajikan Mualaf, Bahagian Pembangunan Mualaf, PDI dengan kerjasama Unit Dakwah Daerah Belait.

    Rombongan PDI dan golongan mualaf yang menghadiri majlis tersebut.- Gambar serahan PDI Belait
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda