Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan sempena Hari Pos Sedunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah Sempena Hari Pos Sedunia 2022 di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang dikhususkan untuk pegawai dan kakitangan JPP yang telah kembali ke rahmatullah dan diteruskan dengan membaca Doa Perlindungan daripada Wabak COVID bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

    Majlis bertujuan untuk memperingati penubuhan JPP ke-116 tahun dan sambutan Hari Pos Sedunia ke-148 tahun yang dirai setiap 9 Oktober.

    Di samping itu, ia juga merupakan wadah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama pegawai dan kakitangan di JPP dan memohon keredaan Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi semasa menghadiri majlis keagamaan sempena Hari Pos Sedunia 2022 di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...