Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan sempena HPPPN

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (HPPPN) 2023, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil, Membaca Doa Kesyukuran serta diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    HPPPN telah diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan merasmikan Ekspo Pertanian dan Agrimakanan 2009 pada 19 November 2009 di Taman Agroteknologi Brunei, Kampung Tungku.

    Dengan pengisytiharan itu, ia disambut pada setiap 1 November bagi mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa para peladang, petani, penternak dan nelayan dalam peranan mereka selaku penjana makanan bagi negara ini.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah setia-usaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KSSUP, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah kementerian berkenaan, para peladang, petani, penternak dan nelayan-nelayan serta pengusaha agrimakanan di seluruh negara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...