Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maju Motors lancar model BYD Sealion 6 DM-i

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Maju Motors malam ini melancarkan Model BYD Sealion 6 DM-i Super Hybrid terbaharu yang berlangsung di Bilik Pameran BYD di Telanai.

    Majlis pelancaran dirasmikan oleh Pengarah Urusan Maju Motors Sdn Bhd, Chan Key Hong dan Pengarah Eksekutif Maju Motors Sdn Bhd, Stanley Lim Hock Ghim.

    BYD Sealion 6 mewakili generasi seterusnya menggambarkan komitmen BYD terhadap inovasi, prestasi dan tanggungjawab alam sekitar. Model-model itu dijangka mentakrifkan semula standard baharu untuk kenderaan hibrid, menawarkan kecekapan yang tiada tandingan, ciri keselamatan canggih dan pengalaman pemanduan yang lancar.

    BYD Sealion 6 adalah model BYD pertama yang mengintegrasikan Teknologi DMi terkini dari BYD, yang menawarkan teknologi hibrid PHEV iaitu dengan jarak sehingga 1,100KM dan penggunaan bahan api serta bateri sebanyak 1.1L dan dengan Teknologi DM-i bermaksud Intelligence Dual Mode. Manalala BYD baharu ini dilengkapi dengan jaminan bateri selama lapan tahun dan jaminan kenderaan selama enam tahun.

    Dalam kenyataan Maju Motors Sdn Bhd, BYD Sealion 6 mendapat penilaian keselamatan lima bintang Euro NCAP, dengan skor tinggi dalam perlindungan penumpang. Ia dihasilkan dengan Teknologi DMi terkini dari BYD dan tidak bergantung sepenuhnya kepada enjin sebagai pendorong utama, tetapi juga mempunyai motor elektrik yang melakukan kebanyakan kerja.

    BYD Sealion 6 mempunyai enjin 1.5 liter dengan 215 kuasa kuda dan 300 tork yang menggerakkan roda hadapan. Enjin itu memastikan bateri sentiasa dicas, tetapi kerana ia adalah hibrid pengecasan plug-in, bateri berkenaan juga boleh dicas di rumah atau di stesen pengecasan.

    Mengenai pengecasan, BYD Sealion 6 dilengkapi dengan pengecas rumah 7kW. BYD Sealion 6 mempunyai kapasiti bateri 18.3kWh yang setara dengan jarak bateri 100KM, sementara kapasiti bahan api adalah 60 liter, yang mendakwa mempunyai jumlah jarak 1,000KM, menjadikan jumlah keseluruhan jarak 1,100KM dengan penggunaan 1.1 liter/km untuk kombinasi bahan api dan bateri.

    Teknologi baharu BYD itu membolehkan pengguna memandu dengan jarak secara keseluruhannya mencapai 1100KM, yang sangat menjimatkan kos.

    Menyentuh mengenai dengan bahagian dalaman kereta berkenaan dilengkapi dengan panel instrumen digital 12.3 inci dan skrin sentuh infotainment 15.6 inci yang boleh berputar.

    Untuk ciri keselamatan pula, BYD Sealion itu dilengkapi dengan banyak ciri keselamatan termasuk Di-8Pilot, sistem bantuan pemandu canggih BYD, kamera pandangan 360 darjah dan banyak lagi.

    Model BYD Sealion 6 DM-i Super Hybrid yang dipamerkan semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda