Tuesday, November 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman gangguan bekalan air

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Gangguan bekalan air atau tekanan air rendah sedang berlaku di beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara pada masa ini.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan di sini, gangguan bekalan air atau tekanan air rendah adalah disebabkan oleh keadaan kualiti air mentah Sungai Tutong mengandungi bahan organik yang sangat tinggi serta warna gelap iaitu kehitaman yang telah menjejaskan pengeluaran dan penghasilan air bersih.

    Ia sekali gus menjejaskan tahap paras tangki simpanan air di tangki-tangki utama. Oleh yang demikian, JKR telah mengambil tindakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani keadaan itu dan telah pun merancang tindakan pemulihan sehingga bekalan air bersih dikembalikan.

    Kawasan-kawasan yang terjejas ialah Mukim Berakas ‘A’ iaitu sebahagian Kampung Lambak ‘A’ dan ‘B’; Mukim Berakas ‘B’ iaitu RPN Lambak Kanan, Kampung Madang dan Kampung Manggis 2; Mukim Gadong ‘A’ iaitu RPN Rimba, Kampung Rimba 1 dan 2, STKRJ Rimba, STKRJ Kampung Tungku dan Kampung Katok A; Mukim Kota Batu iaitu Kampung Subok, Kampung Belimbing, Kampung Pintu Malim, Kampung Sungai Lampai, Kampung Kota Batu, Kampung Pelambayan, Kampung Dato Gandi, Kampung Sungai Matan, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut; Mukim Gadong ‘B’ iaitu Kampung Kiarong, Kampung Kiulap dan Kampung Beribi; Mukim Pengkalan Batu iaitu Kampung Bebatik, Kampung Batong, Kampung Panchor Murai, Kampung Masin, Kampung Pengkalan Batu, Kampung Junjongan, Kampung Wasan, Kampung Limau Manis, Kampung Bebuloh dan Kampung Kuala Lurah; Mukim Lumapas iaitu Kampung Lumapas A dan B, Kampung Lupak Luas, Kampung Tarap Bau, Kampung Putat dan Kampung Kasat serta Mukim Kilanas iaitu Kampung Telanai, Kampung Madewa, Kampung Bunut, Kampung Tasek Merimbun, Kampung Kilanas, Kampung Tanjong Bunut, Kampung Bengkurong, Kampung Sinarubai dan Kampung Burong Lepas.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda