Sunday, January 5, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman kerja-kerja pengangkutan, pemindahan ikan

    Oleh Azlan Othman –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PBMP) telah memaklumkan kepada para pelaut bahawa kerja-kerja pengangkutan dan pemindahan ikan Barramundi dalam tangki gentian kaca di atas Tongkang Landing Craft (LCT) dari Pusat Pembangunan Induk ke tapak semaian laut PMP di Tanjung Pelumpong dilaksanakan pada 5 hingga 15 Januari.

    PBMP mengakui bahawa kerja-kerja berkenaan boleh menyebabkan sekatan kepada keselamatan pelayaran.

    Para pelaut terutamanya nelayan tempatan dikehendaki menjauhkan diri dari sangkar akuakultur di Tanjung Pelumpong sekitar 200 meter dan dinasihatkan untuk mengemudi dengan lebih berhati-hati apabila berada di kawasan berhampiran.

    Pemilik kapal, nakhoda kapal dan orang yang bertanggungjawab ke atas kapal hendaklah mematuhi notis berkenaan.

    Kegagalan berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi $10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    Barramundi Group (B) Sdn Bhd akan sentiasa memantau kemajuan operasinya.

    Sementara itu, para pelaut juga dimaklumkan bahawa tarikh kawasan berlabuh sementara dilanjutkan dari 1 Januari sehingga 31 Mac untuk RAY Integrated Marine Supply Base (RAYBASE Sdn Bhd). PBMP menyatakan bahawa ia boleh menyebabkan sekatan kepada keselamatan pelayaran.

    RAYBASE menyediakan perkhidmatan maritim termasuk perkhidmatan jeti bagi kapal-kapal Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan kapal lain yang mungkin memerlukan perkhidmatan tersebut.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda