Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di sebahagian Lebuh raya Lumut-Belait antara KM 8.7 hingga KM 4.0 (hala Belait) bermula hari ini hingga 28 April.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang, tertakluk kepada keadaan cuaca, berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja melapis semula asfalt jalan raya berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, jabatan itu menasihatkan para pengguna jalan raya untuk mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan bermula kelmarin hingga 28 April. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...