Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sabre meriahkan Syawal bersama rakan-rakan industri

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Lebih 170 rakan industri pelancongan dan rakan-rakan kongsi Sabre Travel Network (Brunei) Sdn Bhd menghadiri Majlis Sambutan Pejabat Terbuka Hari Raya yang berlangsung di Hotel Badi’ah, hari ini.

    Majlis menyaksikan kehadiran para jemputan termasuk Pengerusi Sabre Travel Network Brunei, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid, ahli-ahli Lembaga Pengarah Sabre Brunei dan pemimpin-pemimpin industri daripada syarikat penerbangan, pejabat-pejabat pelancongan kebangsaan, bank-bank, agensi pelancongan serta rakan-rakan korporat.

    Pengurus Besar Sabre Travel Network Brunei, Awang Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman menyatakan perasaan teruja untuk mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan industri pelancongan, rakan-rakan kongsi dan rakan sejawat pada majlis sambutan hari raya mereka.

    Beliau mengungkapkan perasaan gembira berjumpa dengan rakan-rakan dan bersama-sama meraikan sambutan perayaan selain merakam penghargaan atas sokongan mereka.

    Sementara itu, Pengarah JJ Tours Services Sdn Bhd, Mohd Ronfaisal bin Haji Mohd Roger berkata, majlis sambutan itu menyediakan peluang yang amat baik bagi mereka untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan eksekutif Sabre serta rakan dan rakan kongsi pelancongan bagi membincangkan trend industri terkini dalam suasana perayaan.

    Awang Abdul Halim bergambar ramai dengan para jemputan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Kapten Sabirin dan Awang Abdul Halim beramah mesra bersama jemputan pada majlis sambutan hari raya berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Permintaan penyaman udara melonjak di Asia

    HONG KONG, 3 MEI - Gelombang haba melampau membelenggu sebahagian Asia, sekali gus membantu menjana permintaan yang meningkat terhadap pilihan penyejukan, termasuk penyaman udara. Unit...