Saturday, May 4, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Rumah terbuka jalin kemesraan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 22 APRIL – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumut 1, kelmarin menganjurkan rumah terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di dewan kemasyarakatan kampung berkenaan.

    Hadir ke sambutan tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Lumut 1, Awang Taib bin Haji Salleh.

    Semasa sambutan, Awang Taib berkata bahawa acara tersebut bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli MPK dan penduduk di kawasan sekitarnya, selain untuk meraikan acara tahunan.

    Sementara itu, Persatuan Baden Powell (BP) turut mengadakan majlis serupa baru-baru ini.

    Majlis itu menghimpunkan ahli-ahli pengakap dari Persatuan BP dan persatuan pengakap Brunei Darussalam lainnya yang turut menyertai bagi membantu mengukuhkan lagi hubungan antara ahli pengakap di seluruh Daerah Belait dan lainnya.

    Ahli-ahli pengakap yang hadir memeriahkan suasana rumah terbuka tersebut. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN BP
    Ahli-ahli MPK Lumut 1 bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN MPK LUMUT 1

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wakil rakyat India didakwa berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik

    NEW DELHI, 3 MEI - Seorang Ahli Parlimen India yang didakwa melakukan penderaan seksual dan merakam video mangsanya berlepas ke Eropah dengan pasport diplomatik. Prajwal...