Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Malam Munajat khas wanita kali ketiga

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Malam Munajat bagi minggu ke-47 Sabtu lalu dikhususkan untuk wanita buat kali ketiga anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Turut menyertai Malam Munajat khas untuk wanita itu ialah isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, isteri setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, pegawai-pegawai kanan dan warga kerja wanita KHEU, KSSUP, Kementerian Pendidikan dan KKBS.

    Menyertai sama ialah kumpulan-kumpulan Muslimah KKBS dan Pusat Pembangunan Belia (PPB); serta dari KHEU dan kumpulan Muslimah masjid-masjid.

    Majlis secara maya itu telah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Setiausaha Tetap di KSSUP, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab dari Bilik Mesyuarat Virtual, KSSUP.

    Kemudian, majlis diikuti dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dari Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

    Doa Munajat pula dibacakan oleh Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU, Hajah Siti Mahyana binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Yahya bersama pegawai-pegawai wanita bahagian berkenaan dari Dewan Multaqa, KHEU.

    Acara turut diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Hijrah itu Mudah, yang Penting Istiqamah’ disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pejabat Unit Dakwah Temburong, KHEU, Dayang Syuhaidah binti Haji Mohd Yusoff.

    Bacaan Selawat Tafrijiyyah pula dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari bersama Kumpulan Muslimah KKBS dan PPB dari Surau Pusat Pembangunan Belia.

    Bagi memberkati lagi acara, Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin dari Masjid Kampung Tanah Jambu.

    Datin Hajah Nahriah turut menyertai Malam Munajat khas untuk wanita, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...