Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Kem. Pendidikan semarakkan Awal Tahun Baharu Hijrah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan mengenai pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pengurusan Biasiswa dan Urus Setia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan telah mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh. Majlis dihadiri seramai 150 orang pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Di Sebalik Pengajaran Hijrah: Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa’ di-sampaikan oleh penceramah undangan iaitu Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman.

    Kemudian, majlis diserikan dengan bacaan Doa Selamat untuk memberkati majlis, Sayyidul Istighfar dan Selawat Tafrijiyyah.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr Haji Azman bin Ahmad; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle; Naib Canselor UTB, Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa menghadiri Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1444 di Dewan Utama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, kelmarin.
    Dayang Norhayati semasa menyampaikan ceramah khas pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...