Tuesday, December 3, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malam Nostalgia imbau sejarah Bandar Seri Begawan

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan kali ke-54 bagi tahun 2024, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB) telah mengadakan acara Malam Nostalgia baru-baru ini di sekitar pusat bandar, ibu negara.

    Acara Malam Nostalgia bertujuan untuk mengimbau kembali zaman silam, khususnya mengenang bangunan-bangunan lama di sekitar Bandar Brunei.

    Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang acara tersebut, antaranya ialah tayangan dokumentari Memperingati Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan dan menonton tayangan filem tempatan.

    Bagi memeriahkan acara tersebut, beberapa aktiviti sampingan juga telah diadakan antaranya ialah pameran basikal dan beca berhias, serta aktiviti jualan seperti gerai jualan makanan dan minuman di beberapa lokasi di pusat bandar khususnya di Taman Mahkota Jubli Emas, sebahagian Jalan Pretty, sebahagian Jalan Elizabeth 2 dan di dalam kawasan Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali Saifuddien.

    Pameran beca berhias antara aktiviti yang diadakan semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN JBBSB
    Keadaan suasana di dalam kawasan Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali Saifuddien. – GAMBAR SERAHAN JBBSB
    GAMBAR SERAHAN JBBSB
    GAMBAR SERAHAN JBBSB
    GAMBAR SERAHAN JBBSB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda