Tuesday, November 26, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia akan bertanding kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO

    PUTRAJAYA, 1 SEPT – Malaysia akan bertanding bagi kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) penggal 2025 hingga 2029, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

    Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selaku Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) akan mengumumkan secara rasmi pencalonan Malaysia sewaktu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah UNESCO, Xing Qu di Paris, Perancis.

    KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Fadhlina akan mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Minggu Pembelajaran Digital Tahun 2024 di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, Perancis bermula esok hingga 4 September ini.

    “Malaysia bersedia untuk bersaing mendapatkan kedudukan dalam Lembaga Eksekutif UNESCO bagi membawa misi pertumbuhan nasional yang inklusif, melindungi alam sekitar, dan mempromosikan keadilan sosial, bersandarkan kepada prinsip Membina Masa Depan Yang Berbeza (BFD),” menurut kenyataan itu.

    Menurut KPM, Malaysia beriltizam melaksanakan beberapa langkah penting untuk merealisasikan objektif BFD melalui kompetensi UNESCO dalam bidang seperti pendidikan, sains semula jadi, sains dan sains sosial, kebudayaan, dan inisiatif kerjasama dengan semua pihak.

    “Tindakan strategik ini dapat memberikan sumbangan signifikan kepada impak kelestarian, inklusiviti, mencipta peluang, dan keamanan global,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    Fadhlina bercakap pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap, Sabak Bernam, pada 19 Ogos lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda