Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia jajarkan pendekatan tatakelola kecerdasan buatan

    KUALA LUMPUR, 17 OKT – Malaysia sedang menjajarkan pendekatannya terhadap tadbir urus kecerdasan buatan (AI) dengan kemunculan model kawal selia teknologi itu seiring dengan peningkatan gesaan untuk tatakelola yang berkesan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang mengukuhkan asas ekosistem AI meliputi tadbir urus, platform, bakat dan akulturasi.

    “Ini termasuk pembangunan garis panduan untuk penggunaan AI yang bertanggungjawab dan satu kod etika serta tadbir urus.

    “Kebimbangan etika berkenaan AI mendapat perhatian sejagat dan di Malaysia, pertimbangan kerajaan bagi sebuah kerangka kawal selia untuk AI adalah satu langkah penting ke arah penggunaan teknologi ini secara beretika,” katanya ketika merasmikan Persidangan Kecerdasan Buatan (AI) UK-MY 2023 (UK-MY AI 2023) yang dianjurkan bersama oleh MOSTI dan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, hari ini.

    Fadilah berkata kemunculan AI bukan hanya sebagai ‘pengacau’ tetapi juga penjana peluang pekerjaan baharu yang memerlukan inisiatif pemahiran semula dan peningkatan kemahiran.

    Sebagai respons, Kerajaan Malaysia sedang mengambil langkah proaktif untuk membina asas yang kukuh bagi memastikan tenaga kerja negara boleh memenuhi permintaan untuk AI merentasi pelbagai sektor, katanya. – Bernama

    Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada MINDA 2023 di Berjaya Times Square semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda