Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Malaysia kecam serangan Israel di bandar Rafah

    PUTRAJAYA, 23 APRIL – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang terkini di bandar Rafah, selatan Gaza pada 21 April yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin yang tidak bersalah termasuk 18 kanak-kanak.

    Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini menekankan situasi di Rafah adalah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.

    Sebarang serangan di Rafah akan mengakibatkan implikasi yang dahsyat kepada lebih 1.5 juta rakyat Palestin yang berada di tempat perlindungan sementara yang sesak di dalam kawasan hanya seluas 64km persegi.

    Pada bulan lepas, Israel telah diberi amaran oleh negara-negara sekutunya untuk mengelakkan dari menyerang Rafah kerana ia adalah satu kesilapan. Serangan ini ternyata membuktikan kedegilan Israel.

    “Pencerobohan Israel akan menyebabkan kehilangan nyawa yang semakin meningkat. Rafah adalah benteng dan tempat perlindungan terakhir bagi rakyat Palestin yang melarikan diri dari utara Gaza sejak 198 hari lalu.

    “Mereka kini tidak mempunyai tempat lain untuk berlindung. Kekejaman Israel semakin melampau kerana ia sama sekali tidak menghiraukan garis merah yang ditetapkan sekutunya,” menurut kenyataan itu.

    Masyarakat antarabangsa perlu terus mengecam pencerobohan Israel, mendesak pemberhentian permusuhan dengan segera, mengiktiraf dan menegakkan Kenegaraan Palestin dan secara aktif mendapatkan keadilan yang telah dinafikan selama lebih tujuh dekad, menurut kenyataan itu lagi. – Bernama

    Kerja sedang dijalankan untuk mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan bangunan di Rafah, di Semenanjung Gaza pada 21 April 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...