Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mangsa banjir diberi bantuan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JBP

    TUTONG, 17 OKT – Demi sama-sama membantu masyarakat yang mengalami ujian banjir kilat, enam orang anggota Balai Bomba Lamunin, Tutong telah menyalurkan bantuan menimba air di salah sebuah kediaman di Jalan Penapar, Kampung Ukong, Daerah Tutong, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), setibanya anggota bomba yang diketuai oleh DSO Abdul Aziz di tempat kejadian mendapati keseluruhan bilik tamu rumah berkenaan telah dimasuki air sedalam 0.05 meter dan mereka terus bertindak mengeluarkan air tersebut dengan menggunakan sebuah pam jenis submersible.

    Sementara itu, kenyataan turut menjelaskan tiada korban jiwa dilaporkan.

    Turut hadir semasa kegiatan bantuan berkenaan ialah Pemangku Ketua Kampung Penapar dan Bukit Udal Tutong, Awang Mohd Azmi bin Yusof.

    Sehubungan itu, JBP menyarankan orang ramai agar sentiasa peka dalam memastikan kediaman dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api seperti jenis dry powder, selimut api, atau alat pengesan asap. Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk memastikan pemasangan pendawaian dan peralatan elektrik di kediaman dilaksanakan oleh pekerja yang bertauliah.

    Begitu juga, mereka disarankan untuk sentiasa memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah, dan sentiasa memastikan kediaman dalam keadaan selamat dengan membuat pemeriksaan pada struktur rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

    Dalam pada itu, JBP turut mengongsikan kini pihak jabatan semakin giat menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Oleh itu, orang ramai turut diingatkan jika berlaku sebarang insiden kecemasan bolehlah meng-hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

    Anggota bomba dan penyelamat membantu menimba air di kediaman terjejas di Jalan Penapar, Kampung Ukong, Daerah Tutong, kelmarin.
    Keadaan banjir di salah sebuah kediaman di Jalan Penapar, Kampung Ukong, Daerah Tutong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda