Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM

    KUCHING, 19 APRIL – Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

    “Kebiasaannya kita akan tunggu sehingga mangsa dapat dijumpai. Sama ada mangsa dibaham (binatang buas) atau tidak, JKM akan tetap beri bantuan kepada keluarga mangsa,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas yang disyaki dibaham buaya ketika keluar mencari lokan di Sungai Rayu, Jalan Selang, di sini, Rabu lepas.

    Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dikenali sebagai Minu Kin, 76. – Bernama

    Nancy bertanyakan sesuatu kepada penduduk kampung ketika meninjau operasi SAR di Kuching kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...