Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pameran Identifake perkasa belia Sabah dalam tingkatkan literasi maklumat

    KOTA KINABALU, 19 APRIL – Pameran Identifake di Perpustakaan Tanjung Aru di sini yang bermula semalam hingga Mei ini akan memperkasakan belia Sabah dalam meningkatkan literasi berhubung maklumat tepat dan juga cara memerangi maklumat palsu.

    Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim berkata program pameran berinteraktif itu juga akan mendedahkan pengunjung dan peserta mengenai cara mengesan maklumat palsu.

    “Di dunia sekarang ini dengan maklumat tersebar sangat pantas terutamanya di media sosial, ia menjadi semakin mencabar untuk memisahkan antara fakta dan fiksyen.

    “KSTI menyedari cabaran dan risiko yang dibawa oleh teknologi menyebabkan kawalan terhadap penyebaran maklumat palsu menjadi lebih sukar.

    “Bagaimanapun di sebalik cabaran-cabaran ini terdapat peluang untuk kita manfaatkan teknologi dalam memerangi maklumat yang salah,” katanya dalam ucapan pada pelancaran program pameran Identifake di sini, hari ini.

    Pameran Identifake di Perpustakaan Tanjung Aru di sini yang bermula semalam hingga Mei ini. – Bernama

    Pameran ini adalah hasil kerjasama antara Akademi Arus, Biji-biji Initiative, The Fourth, Malaysia Information Literacy Education dan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia.

    Sementara itu Kuasa Usaha Kedutaan Amerika di Malaysia Manu Bhalla dalam ucapannya berharap pameran Identifake dapat berfungsi sebagai platform untuk dialog, pendidikan dan tindakan untuk mencegah penyebaran maklumat palsu.

    “Melalui pameran interaktif, bengkel dan perbincangan, kami berharap orang ramai, muda dan tua, akan mempelajari bagaimana untuk menilai maklumat secara kritis, mengenali pandangan berat sebelah dan dapat membezakan fakta daripada fiksyen,” katanya.

    Pameran Identifake telah berlangsung di lima lokasi lain iaitu Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Kuala Lumpur dan Sarawak dengan penglibatan lebih 3,000 peserta dan pelawat.

    Ia juga menawarkan pelbagai aktiviti dan bengkel yang menarik dengan para peserta akan memperolehi ilmu yang tidak ternilai mengenai teknik untuk mengenal pasti dan memerangi maklumat palsu selain menjadi alat dan sumber yang berkesan untuk menggalakkan penyemakan fakta dan celik maklumat dalam era digital.

    Selain pameran itu, Perpustakaan Tanjung Aru juga menjadi tuan rumah kepada American Green Corner Sabah baharu yang memberi tumpuan kepada isu alam sekitar dan iklim. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...