Wednesday, April 30, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mark Carney menang pilihan raya Kanada

    OTTAWA, 29 APRIL – Perdana Menteri Mark Carney berikrar hari ini untuk menewaskan Amerika Syarikat dalam perang perdagangan yang dicetuskan oleh Donald Trump selepas memenangi pilihan raya Kanada dan membawa Parti Liberalnya kembali berkuasa.

    China memberikan reaksi terhadap kemenangan Carney dengan menyatakan kesediaan untuk memperbaiki hubungan dua hala.

    Manakala United Kingdom mengucapkan tahniah dan Ketua Kesatuan Eropah berkata akan bekerjasama dengan beliau untuk ‘memperjuangkan perdagangan yang bebas dan adil.’

    Kempen pilihan raya kali ini didominasi oleh isu tarif dan ancaman daripada Trump, dan Carney berjanji untuk membuka ‘haluan baharu’ dalam dunia yang kini ‘berubah secara mendadak’ disebabkan AS yang menentang perdagangan bebas.

    Kementerian Luar China berkata mereka ‘bersedia untuk mengembangkan hubungan China-Kanada berdasarkan saling menghormati, kesaksamaan dan manfaat bersama.’ – AP

    Mark Carney di Ottawa, Ontario, pada 29 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda