Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Marsha Milan diundang buat persembahan di Shanghai

    Penyanyi Malaysia, Marsha Milan menerima undangan membuat persembahan bagi mempromosikan Malaysia di Shanghai, China pada Jumaat depan.

    Memetik laporan mStar, Marsha atau Marsha Milan Londoh, 39, berkata peluang itu juga menjadi platform untuk beliau mengetengahkan budaya etnik Sabah memandangkan Pesta Kaamatan juga bakal berlangsung tidak lama lagi.

    “Sebenarnya saya dirisik oleh Malaysian Tourism untuk bersama-sama mereka ke Shanghai bagi mempromosikan budaya Malaysia.

    “Saya diberi peluang untuk membuat persembahan memandangkan bulan ini merupakan pesta Kaamatan (menuai) di Sabah.

    “Kiranya saya akan sambut di situ jugalah selama empat hari,” katanya ketika ditemui mStar.

    Marsha berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran muzik video Hening Rindu yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

    Mengulas persediaannya sebelum menjayakan persembahan itu, Marsha memberitahu segala persiapan berjalan lancar dan disediakan oleh pihak Tourism Malaysia.

    Dalam acara itu nanti beliau akan menyanyikan dua lagunya sendiri iaitu Cinta dan Kembali Terang termasuklah lagu etnik Sabah.

    “Disebabkan saya berada di bawah Malaysian tourism jadi semuanya telah disediakan termasuklah penari.

    “Lagu-lagu yang saya akan ketengahkan tentunya lagu dari Sabah, dan nyanyikan lagu-lagu yang pernah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL),” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Marsha tampil dengan lagu baharu berjudul Hening Rindu yang turut menjadi runut bunyi (OST) bagi drama Aku Bukan Ustazah.

    Satu demi satu lagunya dipilih menjadi runut bunyi drama sekali gus berjaya menaikkan namanya semula dalam industri sehingga ada yang menggelarnya Ratu OST.

    Menurut Marsha, beliau bersyukur dengan respons yang diterima dan menganggap ia sebagai fasa baharu buat dirinya dalam kerjaya seni.

    Tambahnya, beliau tidak merasakan tekanan dengan gelaran berkenaan sebaliknya percaya setiap orang mempunyai pendapat berbeza.

    “Saya lihat ia sebagai respon positif dari orang ramai kerana saya rasa ini adalah fasa baharu yang saya perlu hargai.

    “Saya tak mengharap atau meletakkan ia sebagai penanda aras untuk saya, biarlah orang di luar sana yang menilai karya-karya saya,” ujarnya.

    Lagu Hening Rindu merupakan sebuah lagu balada yang dicipta oleh komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh.

    Lebih menarik, muzik video lagu ini merupakan kesinambungan kepada muzik video lagu Dulu, Kini dan Akhirnya yaang boleh ditonton menerusi platform digital. – Agensi

    Marsha akui teruja diberi peluang mempromosikan budaya Sabah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...